Tuesday 31 July 2012

Jus Kurma 2 minit!!






Salam Ramadhan ke 11 hari!

saya nak share satu resepi yang simple senang dan cepat gila...
KURMA.. sapa yang suka kurma? banyak khasiatnya tau..
dulu masa kecik2 saya memang tak minat makan kurma sebab rasanya yang manis sangat..setiap kali masa berbuka memang dah jadi budaya dalam keluarga kami mesti buka dengan kurma dulu so saya mesti akan pilih kurma yang paling kecil tapi still tak habis makan kurma tu.. parah kan? hihi, saya rasa budak budak sekarang pun mesti liat je nak suruh makan kurma,, yela kan sunnah kurma masa berbuka...jadi apa kata ibu ibu semua cuba buat kelainan sikit, sure anak kalian suka! cuba dulu ok..



bahan untuk 1 jug
1. air sejuk
2. kurma 10 biji

cara
1.kisarkan kurma yang telah dibuang biji lalu campurkan sedikit air setelah itu
2. tuang jus kedalam jug dan boleh tambahkan ais jika suka..siap!

mudah je kan.. 2 minit je! ;) ada orang suka rendam dulu dengan air panas supaya rasa kurma itu lembut sikit, pun boleh;) ada orang suka tambah madu, pun boleh, ikut lah citarasa anda ye.. bagi saya daripada minum air yang ada gula tu baik minum air kurma kan..yang penting sangat berkhasiat!

selamat mencuba :)





oh ye, ini ada sedikit khasiat tentang kurma

>>Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".

>>Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.

>>Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

dan banyak lagi khasiatnya.... :)

Sunday 29 July 2012

Precious Moments with Trudy & Teddy


awesome sebab baju baju trudy and teddy ni semua cantik cantik dan gorgeous bila di pakai si kecil..bergaya gitu! selesa dipakai si kecil dengan kainnya yang sejuk nyaman je tu.. dan yang penting pakaian mereka 100% mercerized cotton!

Putri ada 2 pasang baju trudy & teddy ni dihadiahkan oleh mummy (mak angkat putri) sangat glam baju dia tau!! thanks a lot mummy!! terharu sebab mummy belikan.. kalau dapat menang contest ni boleh lah putri bergaya sakan nanti dengan trudy & teddy ni macam princess,,hehe.. Pakaian trudy & teddy yang mummy belikan ni tak adalah mahal sangat..sebab sesuai dengan kualiti kain tersebut so sangat puas hatilah..banyak kali pakai n cuci pun still macam baru lagi, tak berbulu ye..itu sangat penting!

dan berikut gambar gambar yang telah di muatkan dalam contest trudy and teddy, saya akan update lagi gambar jika saya masukkan lagi dan lagi gambar dalam contest itu okeyh..huahuahua




Ini baju trudy n teddy yg mummy belikan;)









Jom sertai contest ini dan menang hadiah menarik!!


psstt, cuba bilang berapa kali saya taip trudy & teddy .. (*,*) gagagagahgagah


putri dah boleh cakap!!! ;)



Sebenarnya masa putri 4 bulan lagi dia dah mula sebut umi..tak la sejelas jelas tapi bila kita dengar tu kita boleh faham dia sebut 'ummi' camtu..pernah kakak saya terdengar putri sebut ummi.."eh putri cakap 'ummi' la...kan? sebut Allah pun dia pandai walaupun tak berapa jelas tapi kita boleh faham, yeah, itu sudah cukup bagus! Now, putri 6 bulan dia dah mula sebut kata kata yang baru kami dengar seperti emnyam emnyam..macam dia kunyah gitu la, tapi kunyah kunyah versi bunyi..hehhe, as a parent memang kita sangat peka dengan setiap kemahiran baru anak kita..ye tak? so ini salah satu kemahiran baru putri yang sangat saya nanti nantikan! tak sabar rasanya nak dengar dia berceloteh... Alhamdulillah, syukur sangat ya Allah!!!


psst, nanti kalau sempat record masa dia bebel akan saya upload..hehehe ;)

>>harap my mama in law baca la entry ni, at least terubat juga rindu mama pada cucu satu satunya ni kann... :)

Saturday 21 July 2012

2 hari di Bagan Serai!

Assalamualaikum semua yang sudi baca..terharu! tak nak baca pun tak pe..saya buat blog suka suka saja..hahak, sori sebab baru nak terhegeh hegeh masukkan gambar masa kat kampung minggu lepas,hantar atok dari kl ke rumahtok syurgatok itu..hehe, gangguan modem membuatkan tiada peluang untuk mengada adakan post. tiada yang luar biasa, cuma bagi saya cukup membahagiakan berada disamping orang orang tersayang dan hargai masa bersama mereka dengan sesuatu yang indah..juga tak lupa menikmati alam ciptaan Allah yang tidak terbilang, so syukurlah!:)

Sebenarnya kitorang balik kampung ni tak rancang pun, dah acu minta tolong hantar atok so kami takkan nak hantar je kan, mestilah lepak islam beberapa hari ke kan?

So kat sana saya gunakanlah masa yang ada tu dengan secermat cermatnya! saya balik kampung tak tengok tv pun tau, malam pun tido pukul 1 pagi sebab urut atok sambil sembang sembang..best giler weh! wa cakap sama lu.. orang tua ni banyak rahsia resepi kehidupan weh weh! fuhh, sampai semangat bercekang mata (*,*)

inilah gambar yang sempat ditangkapkan oleh saya yang lemah hina lagi dhoif ini..


Pokok bunga raya. bunganya mana? :D
Buah rambutan depan rumah, masih kecil bahagian bawah, atok kata nanti raya insyaAllah masaklah :)
tapi! nampak tak merah tu? maka lajulaju lah ambil galah tolong jatuhkan itu rambutan! atok terkejut..aih?! rezeki... :)

Alhamdulillah:)
daun bunga raya buat lebatkan rambut si putri yang halus itu;)


jiran tok yang rajin membuat perangkap ikan untuk memerangkapkan ikan dalam parit..di awal pagi! diketika kalian tidur nyenyak..;)

dahulu jalan ini hanya tanah merah yang berlopak, kini lebih selesa tiba musim pilihanraya



sawah padi belakang rumah yang sudah hampir masak

atok bakar sampah, yela kat kampung mana ada lori sampah ye tak
keladi yang tok tanam sedia untuk di balutbungkus lalu dibawa pulang ke kl!


kacang panjang hasil tanaman tok. sangat sedap!
lupa nama daun ni..tapi sedap! sebab tok tanam..n masak;)

riang berendam di petang hari



sayang putri!


:))

ops, lupa ambil gambar 'serai'! hahahaha..(motif tajuk)

pedoman: Buat sesuatu untuk kamu dan orang sekeliling kamu bahagia dengan hanya apa yang ada disekeliling kamu ..



Thanks sebab sudinya baca sampai habis, saya minta maaf jika masa anda terbuang saat meneliti blog ini..ampun maaf dari saya :(

Wednesday 11 July 2012

Sedihnya!


Assalamualaikum..

Tadi tengok youtube tiba-tiba terbuka cerita pasal arwah adik nurin jazlin..siapa yang tidak kenal dengan nama yang cukup terkenal di tahun 2007 dulu tu kan, saya tau cerita ni mungkin sudah terkubur bersama jasad adik comel itu. Tapi entah kenapa ya, saya rasa tersangat mahu untuk mengatakan sedikit tentang hal ini..

Pada tahun 2012 kes pembunuhan adik dirang yang comel, sudahlah mukanya ada iras adik saya, sangat menyentuh perasaan melihat wajahnya! wahai kalian yang sudi membaca, kebanyakan kes hilang budak ini ialah perempuan kan? dirogol bukan? dan berlakunya kehilangan tu semasa budak budak tu main di padang permainan, pergi ke kedai, ke pasar malam.. Memanglah tempat tempat tu semua berhampiran dengan rumah, tapi syariat islam tidak benarkan perempuan keluar seorang diri!! sangat bahaya.. jika kanak-kanak mestilah ditemani oleh orang dewasa yang waras(tidak gila) dan baik! Pada saat ini pun saya masih terlihat kanak-kanak bermain di tempat awam tanpa pengawasan orang dewasa! gadis berjalan sorang diri.. janganlah cuai lagi..kalau boleh tak nak lagi dengar kes begini berulang.. tapi kan kalau kita dah kepung jaga sangat sangat anak kita tapi masih terjadi juga..ada hikmah disebalik musibah! ibubapa kena muhasabah diri, mungkin dosa kita yang lampau belum kita taubatkan?saya cakap untuk diri saya jugak ye..maaf kalau ada salah silap dan sorry ayat terabur habis maklumlah type sambil dukung anak(gagah tak gagah!)

jom renung sajak seketika>>


Ke Mana Pergi Sudah Tidak Selamat Lagi

Ke mana sahaja mahu pergi sudah tidak selamat lagi
Di mana sahaja kita berada keamanan tidak terjamin
Aduh! Ketakutan berlaku di mana-mana
Kebimbangan sentiasa memburu di mana sahaja kita berada
Tiada manusia yang boleh dipercaya lagi
Hidup keseorangan tidak mungkin
Hidup bersama orang takut sentiasa memburu
Aduh ke mana mahu lari?
Ke masjid tempat kata-mengata dan mencerca
Di pasar-pasar tempat penipuan dan berlalai-lalai
Di tempat-tempat keramaian dan di stesyen-stesyen bas atau keretapi tempat penyeluk saku
Bersama orang kaya kita terhina
Kerana mereka sombong dan berbangga
Bersama orang politik berkawan tidak setia
Masing-masing mementingkan diri
Sudah dapat kawan, mudah pula jadi lawan
Pagar-pagar negara, ibarat pagar makan padi
Para ulama hasad dengki
Membangga diri, memuji diri
Payah hendak dijadikan kawan sejati
Di tempat-tempat gelap, di kawasan-kawasan sunyi bahaya sekali
Di situlah tempat kidnap dan rogol
Pemuda-pemudi liar, tidak boleh dikawal
Pergaulan bebas, hingga melahirkan anak-anak zina
Berlakulah bayi dibuang di mana-mana
Membuang bayi macam buang anak kucing yang dibenci
Orang-orang tua sudah hilang wibawa
Kerana maruah mereka tidak dijaga
Hingga ada yang menjadi haruan makan anak sendiri
Aduh sedihnya! Hidup sentiasa di dalam ketakutan
Tuhan! Datangkanlah penyelamat dengan segera
Agar kasih sayang berbunga semula

Monday 9 July 2012

kebersihan diri (1)

Kalau jumpa benda ni kat mane mane nanti aku nak picit sampai habis hingus sabun tu! 

Assalamualaikum wanita wanita yang awesome!

cakap mahkota mesti terbayang rambut kan kan..tapi ni mahkota yang tertutup tersorok tu tapi sangat mesti dijaga juga bukan? Setiap wanita pasti ada keputihan, cuma yang membezakan normal atau berpenyakit, sikit atau banyak saje..tapi saya tak tau la pulak kalau ada perempuan yang tak ada masalah keputihan ni..bagi gadis gadis yang punya masalah keputihan sekalian..anda jangan runsing ye, sebab korang boleh merawatnya sendiri! yela, dah nama pun "mahkota" anda kan..ikutilah penjagaan mahkota berikut;-

1. pakai pentyliner!
-kalau boleh pilih yang ada herba, boleh merawat jugak kan;)
2. tukar setiap kali waktu solat
-anda mesti solat dalam keadaan yang bersih lagi suci
3. cuci dengan pembersih wanita setiap pagi dan malam
-cuci luar mahkota saje, untuk hilangkan bau yang hina tu.. berpada jangan berlebihan
4. setiap kali selesai period minum la air sireh
-elok untuk mencuci dalaman kita ye.
5. cuci mahkota dengan air sireh selesai haid
-bagi menghilangkan bau hanyir
6. Keringkan/lapkan mahkota kamu setiap kali menyahtinja
-jika lembab atau basah kuman seronok membiak!
7. kerap tukar pad ketika aliran deras ;)


(!) sila rujuk doktor jika masalah sangat serius seperti
1. keputihan berukar warna kuning kehijauan
2. keputihan yang berlebihan banyaknya
3. lendiran menjadi ketulan
4. berbau!

Perhatian, ni saya reka reka je.. tapi memang betul pon! :) cuma untuk nota saya dan mudah faham.
Sama samalah kita indahkan yang jelek, wangikan yang busuk, memperbaiki diri lahir dan bathinnya..

Sunday 8 July 2012

introducing solid food to our little princess



pastikan beli pisang yang ade hijau hijau sikit supaya boleh tahan lama dan tak manis sangat..simpan dalam fridge  untuk kekal lama, kalau simpan diluar cepat la masak pisang ko nanti kecuali rumah ko kt cameron highland, (gambar diambil oleh diri sendiri)wajib bagitau! hahah

Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?
bayi anda bersedia jika dia:

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
• duduk dengan baik apabila dipegang
• melakukan pergerakan mengunyah
• telah naik berat badan secara sihat
• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
 
 
semalam 7 7 2012 jam 2 petang 5 bulan 21 hari putri mula mencuba makan buat julang julung kalinya!! sebenarnya konon nak bagi dia makan tepat tepat 6 bulan tapi kesian!! setiap kali kami makan dia akan tengok je dan seolah olah buat kami sebersalah kalau tak suap sikit!..putri dah lulus sangat sangat (over double ye) kalau nak bagi makan tu so jom makan putri! yes, orang yang paling excited tentulah uminya kann..heehhe ;) Alhamdulillah, putri suka makan dan BANYAK makan!! padahal baru first time makan.. saya blend pisang kemudian tapis supaya betul betul halus dan dicampur dengan susu ibu kasi cair cair pisang tu bagi kurang sikit sifat lekit pisang itu ye, lebih baik susu ibu atau susu formula tak perlu letak air lagi..bagi 2 tablespoon saje tak boleh sekali banyak.. perutnya masih kecil kan:) dan ini hanyalah makanan tambahan!
si Bapa tanya "kenapa tak beli nestum je? senang,tambah air je siap"
no,no,no! maka si ibu pun berceloteh "tak elok lah untuk bayi, ada pengawet, dan kita tak tahu bahan bahan apa yang letak dalam tu lagipun air tangan ibu kan lagi baik"
si Bapa"Oooo..."

 Khasiat pisang:

1. Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Sumber : wikepedia






yang benda bulat kat mangkuk tu ialah untuk isi air panas jadi makanan bayi kekal suam suam kuku, maka tidaklah ko bagi pisang yang sejuk dari dalam fridge tu kan..kang terkejut plak dia selama ni minum susu ibu yang suam nyaman tu;)

parahhh! dah makan pun masih masukkan kedua DUA tangan *,*

Friday 6 July 2012

Hidup dan matiku hanya untuk Allah

Assalamualaikum,, kalau tak jawab dosa kalau jawab dapat pahala..


gambar sekadar hiasan semata mata

sedar tak yang dalam satu hari 5 kali kita lafaz ayat ni..hidup mati kerana/untuk Allah?  maaf ye, saya bukan sape sape..tak de niat nak mengajar atau menguliah cuma nak share pandangan dan ilmu yang kerdil lebih kerdil dari sebesar zarah tapi ingat,ingat ye ilmu kena disampaikan baru lah berkat :) Tujuan sebenar hidup kita memang semata mata untuk Allah kan.. dalam islam pun ada menyebut bahawa (bahawa beerti sangat tegas ye) hehe sempat, setiap apa sahaja yang kita buat boleh BOLEH jadi ibadah! (maknanya boleh dapat pahala lah) jika beserta niat dan syaratnya

5syarat ibadah itu adalah

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul (hasil)
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

contoh bagi pelajar : pergi jalan kaki ke sekolah

(1)NIAT menuntut ilmu kerana Allah, (2)belajar itu memang sah ikut syariat malah dituntut, (3)pergi jalan kaki ditemani oleh dua orang teman yang baik (jika perempuan) syariat islam perempuan tidak dibenarkan keluar rumah sendirian!, (4)hasil dari menuntut ilmu itu dapat berbakti pada manusia lain dan perkara yang baik baik, (5) tidak tinggalkan ibadah asas (seperti sembahyang) "oh, aku nak belajar jadi tak payah solat pun takpe kot" maka tak jadi la ibadah belajar tu jadi la DOSA!

#harap faham la penerangan tentang ibadah ni, kalau tak faham boleh tanya, kalau saya pun tak faham saya tanya orang yang arif.jika saya salah tolong tunjukkan,


Indah islam ni kan... Sebenarnya kalau kita makan saja pun boleh jadi ibadah kalau tepati syarat2 tu...makan hukum nya harus tapi boleh jadi ibadah! Baiknya Allah kan kan.. jadi makan tu tak la berlalu masuk kerongkong dan terus jadi daging atau najis saje! (maaf) tapi boleh dapat pahala! walau hanya makan... Ingat ye jangan buat kerana pahala, tapi untuk dapat redha Allah! jangan salah niat pulak ;)

>> Yang benar datang dari Allah, yang buruk jelek dari kelemahan diri ini.

 tidur pun boleh jadi ibadah kan :)

Tuesday 3 July 2012

Diari zaman sekarang

Hahaharsh,, Akhirnya blog pun aku!<berbisik dalam hati> selama lama ni dok baca blog orang je *,* maka petang yang sunyi ni saya start mengada adakan blog.. tujuan saya buat blog ni untuk diari (konon) dan memberi manfaat pada manusia lain (bajet padahal tak de sape bace pon blog ko ni) <bisik dalam hati lagi> ok daa :)

psstt, budak baju merah tu yg pasti bukan ibu ye..hahahahhh