Tuesday 5 February 2013

Duduk jauh wangi, duduk dekat busuk! ishh..


Manusia memang banyak tabiat dan ragamnya..tak semua manusia sempurna, tapi tak salah jika ada yang mahu menegur perihal perilaku jelek kita itu untuk kebaikan diri kita juga...hmm,
Manusia bila duduk jauh dengan kita semuanya indah belaka,wangi harum saje..tapi bila dah duduk sebumbung, serumah, sejiran barulah tahu busuk bangkainya..hehe, sepertilah housemate, madu keluarga berpoligami..ye, sangat tak ramai yg bermadu tinggal sebumbung..tapi beruntung yang sedikit itu!

Memang sememang memangnya kita tak boleh nak puaskan hati semua orang, tapi berusahalah untuk memperbaiki diri kita dari seremeh remeh sekecil kecil perkara sebab sebaik baik manusia tu kan yg memberi manfaat kpd manusia lain?

Bila kita duduk serumah barulah kita tahu baik buruk seseorang itu, kalau duduk sendirian,, lebihlah aman dan tenteram sesekali jumpa sangat wangi padahal dibelakang kita busuk sangat! bila wangi boleh la nak senyum2 bila bersua..tapi kalau busuk?mesti berkerut je muka kan?jadi beruntunglah jika pada yang busuk itu kita boleh senyum saje kerana tahan dengan busuk itu dan lama kelamaan busuk bertukar kpd wangi dek kerana terkena tempias wangi,, Jadilah orang yang wangi dahulu, kemudian yang lain akan mengikut wangi bersama..Tapi jangan pula merasa diri wangi (baik)! lebih baik merasa diri kitalah yang paling berdosa, jahat, hina...kita kan hamba Allah..

tamat sudah cerita wangi dan busuk ..
yang wangi itu mahmudah
yang busuk itu mazmumah. ish ish -,-