Thursday 28 November 2013

Pandanglah Lihatlah diriku!

Assalamualaikum semua!

maaf, tak reti nak start camne and malas nak fikir lamalama kang bangun pulak si adik tu..so kita random saja lah ;)



Dalam hidup ni kan ....

 Kadang kadang tak siapa pun sedar kesakitan kita




kadang kadang tidak ada orang pun yang bertanya kesukaan kita


Tidak ada yang kenang jerit payah titik peluh kita membangunkannya


Tidak ada yang menyelami hati dan perasan kita


 tak siapa perasan sebenarnya kita juga inginkan perhatian


 tak siapa duga keperitan kita menahan diri untuk bersabar


 tiada siapa rasakan apa yang sebenar benarnya perasaan kita


Tidak siapa pun peduli nasib kita


Tiada siapa ambil kisah tentang keperluan hidup kita


Tidak siapa pun mahu mengenang jasa kita


Tiada siapa yang membantu kita


Tiada siapa yang tahu perjuangan kita


Tiada siapa yang menghargai pengorbanan kita


Tiada siapa yang memuji rupa paras kita


Tiada siapa memandang kerja kita


Tiada siapa ambil kisah kebahagiaan kita


Tiada siapa peduli kesedihan kita


Tiada siapa fahami keperibadian kita


Tiada siapa tiada siapa....




Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih
Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Nak cerita semua tentang kita pada orang pun,,,orang letih nak dengar. sampai cakap churp churp lah! mereka pun banyak cerita juga...banyak masalah juga, sudah sudahlah bercerita. biarlah orang tak tahu, yang penting Allah maha mengetahui segala galanya..mengadulah padanya...jangan buat kerana nak orang nampak, nak orang puji, buat kebaikan tapi dapat dosa sebab bangga diri, riak..lebih baik buat kebaikan orang tak nampak untuk hindari bangga diri, ujub, riak merasa diri baik, Astaghfirullahala'zim...

hmm tu jelah nak cakap, laweh....mengantuk sudah!

Sunday 24 November 2013

Sabarlah sampai mati pun....

Assalamualaikum........hai,,,,,,,,,,hello..........entah ada orang ke tak ni....takde pun tak pe lah lagi best bebel sensorang..

okaylah nak taip lelaju sementare si kecil tidur,,,

Ujian + Sabar dua benda yang tidak boleh dipisahkan,,,bila datang ujian kena sabar...sabar tu ape? hah tipu sangat tak tau...kalau orang tengah marah ayat biase dengar....sabar! sabar! Sabar ialah menahan diri daripada keluh kesah pada suatu yang tidak disukai iaitu ada 3 bahagian ....hah, kita bukak balik buku tasawuf k,,,

1.Menahan diri drpd keluh kesah dan menahan diri drpd mengadu ngadu kpd yg lain drpd Allah taala ketika menghadapi suatu bala' atau bencana.
2.Menahan diri pada mengerjakan semua perintah Allah.
3.Menahan diri pada meninggalkan semua larangan Allah.

orang yang beriman dan percaya pada Allah tu dia tahu semua perkara yg berlaku ke atas dirinya ialah dengan kehendak Tuhan yg tak dapat dielakkan lagi, dia akan redho apa sahaja yg ditimpakan tuhan ke atas dirinya.. orang yang tidak bersabar dia akan menyalahkan tuhan. nauzubillah!


so sebenarnya bukanlah kite nak ceramah pon..  hahahhahh..

Lumrah la kan manusia....memang kekadang kita terlepas jugak ammarah tu bila dah tahap kemuncak..heheh, Tapi...cuba kita ingat Allah yang sangat cintakan hambanya yg bersabar..besar ganjaran bagi orang yg bersabar..insyaAllah kita boleh tahan nafsu kita dari mengikut syaitan yg terkutuk itu... memang lah payah, payah sangat sampai terkadang rase macam boleh membawa maut..yelah, kan orang kata kalau tahan tahan pun boleh stress bahaya tau! ye... memang.... tapi kan indah mati kerana bersabar...insyaAllah syurga menanti.....amin!