Salam Ramadhan ke 11 hari!
saya nak share satu resepi yang simple senang dan cepat gila...
KURMA.. sapa yang suka kurma? banyak khasiatnya tau..
dulu masa kecik2 saya memang tak minat makan kurma sebab rasanya yang manis sangat..setiap kali masa berbuka memang dah jadi budaya dalam keluarga kami mesti buka dengan kurma dulu so saya mesti akan pilih kurma yang paling kecil tapi still tak habis makan kurma tu.. parah kan? hihi, saya rasa budak budak sekarang pun mesti liat je nak suruh makan kurma,, yela kan sunnah kurma masa berbuka...jadi apa kata ibu ibu semua cuba buat kelainan sikit, sure anak kalian suka! cuba dulu ok..
bahan untuk 1 jug
1. air sejuk
2. kurma 10 biji
cara
1.kisarkan kurma yang telah dibuang biji lalu campurkan sedikit air setelah itu
2. tuang jus kedalam jug dan boleh tambahkan ais jika suka..siap!
mudah je kan.. 2 minit je! ;) ada orang suka rendam dulu dengan air panas supaya rasa kurma itu lembut sikit, pun boleh;) ada orang suka tambah madu, pun boleh, ikut lah citarasa anda ye.. bagi saya daripada minum air yang ada gula tu baik minum air kurma kan..yang penting sangat berkhasiat!
selamat mencuba :)
oh ye, ini ada sedikit khasiat tentang kurma
>>Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat".
>>Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.
>>Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
dan banyak lagi khasiatnya.... :)
No comments:
Post a Comment