Wednesday, 11 July 2012
Sedihnya!
Assalamualaikum..
Tadi tengok youtube tiba-tiba terbuka cerita pasal arwah adik nurin jazlin..siapa yang tidak kenal dengan nama yang cukup terkenal di tahun 2007 dulu tu kan, saya tau cerita ni mungkin sudah terkubur bersama jasad adik comel itu. Tapi entah kenapa ya, saya rasa tersangat mahu untuk mengatakan sedikit tentang hal ini..
Pada tahun 2012 kes pembunuhan adik dirang yang comel, sudahlah mukanya ada iras adik saya, sangat menyentuh perasaan melihat wajahnya! wahai kalian yang sudi membaca, kebanyakan kes hilang budak ini ialah perempuan kan? dirogol bukan? dan berlakunya kehilangan tu semasa budak budak tu main di padang permainan, pergi ke kedai, ke pasar malam.. Memanglah tempat tempat tu semua berhampiran dengan rumah, tapi syariat islam tidak benarkan perempuan keluar seorang diri!! sangat bahaya.. jika kanak-kanak mestilah ditemani oleh orang dewasa yang waras(tidak gila) dan baik! Pada saat ini pun saya masih terlihat kanak-kanak bermain di tempat awam tanpa pengawasan orang dewasa! gadis berjalan sorang diri.. janganlah cuai lagi..kalau boleh tak nak lagi dengar kes begini berulang.. tapi kan kalau kita dah kepung jaga sangat sangat anak kita tapi masih terjadi juga..ada hikmah disebalik musibah! ibubapa kena muhasabah diri, mungkin dosa kita yang lampau belum kita taubatkan?saya cakap untuk diri saya jugak ye..maaf kalau ada salah silap dan sorry ayat terabur habis maklumlah type sambil dukung anak(gagah tak gagah!)
jom renung sajak seketika>>
Ke Mana Pergi Sudah Tidak Selamat Lagi
Ke mana sahaja mahu pergi sudah tidak selamat lagi
Di mana sahaja kita berada keamanan tidak terjamin
Aduh! Ketakutan berlaku di mana-mana
Kebimbangan sentiasa memburu di mana sahaja kita berada
Tiada manusia yang boleh dipercaya lagi
Hidup keseorangan tidak mungkin
Hidup bersama orang takut sentiasa memburu
Aduh ke mana mahu lari?
Ke masjid tempat kata-mengata dan mencerca
Di pasar-pasar tempat penipuan dan berlalai-lalai
Di tempat-tempat keramaian dan di stesyen-stesyen bas atau keretapi tempat penyeluk saku
Bersama orang kaya kita terhina
Kerana mereka sombong dan berbangga
Bersama orang politik berkawan tidak setia
Masing-masing mementingkan diri
Sudah dapat kawan, mudah pula jadi lawan
Pagar-pagar negara, ibarat pagar makan padi
Para ulama hasad dengki
Membangga diri, memuji diri
Payah hendak dijadikan kawan sejati
Di tempat-tempat gelap, di kawasan-kawasan sunyi bahaya sekali
Di situlah tempat kidnap dan rogol
Pemuda-pemudi liar, tidak boleh dikawal
Pergaulan bebas, hingga melahirkan anak-anak zina
Berlakulah bayi dibuang di mana-mana
Membuang bayi macam buang anak kucing yang dibenci
Orang-orang tua sudah hilang wibawa
Kerana maruah mereka tidak dijaga
Hingga ada yang menjadi haruan makan anak sendiri
Aduh sedihnya! Hidup sentiasa di dalam ketakutan
Tuhan! Datangkanlah penyelamat dengan segera
Agar kasih sayang berbunga semula
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hai blogger cun! haha baru tau dia ada blog !! grr... btw sweet la header blog .. teruskan semangat blogging ya cik kakak.. eh cik ibu ! =P <3
ReplyDeleteHehe..saje je suka suka ;)
ReplyDeleteAlahai,header selebet je x mcm erra yg keren tu! :))