Sunday, 8 July 2012

introducing solid food to our little princess



pastikan beli pisang yang ade hijau hijau sikit supaya boleh tahan lama dan tak manis sangat..simpan dalam fridge  untuk kekal lama, kalau simpan diluar cepat la masak pisang ko nanti kecuali rumah ko kt cameron highland, (gambar diambil oleh diri sendiri)wajib bagitau! hahah

Adakah bayi saya bersedia untuk pepejal?
bayi anda bersedia jika dia:

• boleh mengangkat kepalanya dan mengekalkan posisi itu
• duduk dengan baik apabila dipegang
• melakukan pergerakan mengunyah
• telah naik berat badan secara sihat
• amat berminat dengan makanan yang anda sedang makan
 
 
semalam 7 7 2012 jam 2 petang 5 bulan 21 hari putri mula mencuba makan buat julang julung kalinya!! sebenarnya konon nak bagi dia makan tepat tepat 6 bulan tapi kesian!! setiap kali kami makan dia akan tengok je dan seolah olah buat kami sebersalah kalau tak suap sikit!..putri dah lulus sangat sangat (over double ye) kalau nak bagi makan tu so jom makan putri! yes, orang yang paling excited tentulah uminya kann..heehhe ;) Alhamdulillah, putri suka makan dan BANYAK makan!! padahal baru first time makan.. saya blend pisang kemudian tapis supaya betul betul halus dan dicampur dengan susu ibu kasi cair cair pisang tu bagi kurang sikit sifat lekit pisang itu ye, lebih baik susu ibu atau susu formula tak perlu letak air lagi..bagi 2 tablespoon saje tak boleh sekali banyak.. perutnya masih kecil kan:) dan ini hanyalah makanan tambahan!
si Bapa tanya "kenapa tak beli nestum je? senang,tambah air je siap"
no,no,no! maka si ibu pun berceloteh "tak elok lah untuk bayi, ada pengawet, dan kita tak tahu bahan bahan apa yang letak dalam tu lagipun air tangan ibu kan lagi baik"
si Bapa"Oooo..."

 Khasiat pisang:

1. Darah tinggi dan strok – pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

2. Kolestrol – pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.

3. Cirit-birit – potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

4. Anaemia – anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

5. Kemurungan – orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

6. Pening-pening – cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.

Sumber : wikepedia






yang benda bulat kat mangkuk tu ialah untuk isi air panas jadi makanan bayi kekal suam suam kuku, maka tidaklah ko bagi pisang yang sejuk dari dalam fridge tu kan..kang terkejut plak dia selama ni minum susu ibu yang suam nyaman tu;)

parahhh! dah makan pun masih masukkan kedua DUA tangan *,*

No comments:

Post a Comment