Monday 29 December 2014

indonesia trip 2014





Indonesia negara kepulauan terbesar di dunia yang terdiri dari 13.466 pulau, Dengan populasi sekitar 253.60 juta orang pada tahun 2014 Indonesia adalah negara berpenduduk terbesar keempat di dunia dan negara yang berpenduduk Muslim terbesar di dunia. Jadi boleh bayangkanlah betapa besar negara nasi ayam penyet ini kan...kalau dari bandung nak ke wonosobo makan masa 2-3 hari jugak tau..mungkin disebabkan jalan yang tidak memuaskan dan kurangnya lebuhraya disana..

Pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi bandung pada tahun 2011, Ya Allah! banyaknya motorrrr.. jalan macet dengan motor je...kereta ada lah jugak tapi tak sebanyak motorr! lepas tu hon tu dah jadi kebiasaan di sana, nak kona hon,nak memotong hon,sikit2 hon! lepas tu bila traffic light tu kemain laju je pedagang-pedagang menyerbu setiap kereta,,takpe tu boleh lagi diterima , tapi tak boleh blah kalau yang datang serbu kat kereta kita tu 'bapok' ! memang lelaju talk to my hand lah kan

Yang menariknya rakyat indon ni rajin2 belaka! setiap rumah tu ada saja bisnes dalam rumah tu...rumah kecik2 je tapi penuh dengan barang dagangan mereka...ada yang jahit beg,jahit topi, ada yang buat alat2 kompang, ada yang buat aksesori dan di sepanjang jalan tu memang kita akan nampak berbagai bagai perniagaan diorang tu daripada berjenis jenis makanannya sampailah sekecil kecil benda diorang boleh jual!

ok sekarang layan gambar je ye.. nanti sambung cerita lagi...(insyaAllah)

































Bagi saya, Indonesia kampung kedua saya selepas Malaysia... mungkin sebab sudah berkahwin dengan Orangnya...jadi sudah terasa seperti keluarga juga... ataupun mungkin sebab nenekku keturunan banjar kot...boleh jadi juga...ape ape pun kita kan serumpun ..tak banyak beza pun.... ok lah setakat ni, InsyaAllah nanti nak sambung cerita pasal Indonesian food pulak... sabar menunggu ok? Assalamualaikum.....

No comments:

Post a Comment